Ahad, 15 Ogos 2010

Panduan ilmu bintang tujuh

Bahawa adalah ketika jam-jam yang tersebut di bawah ini ialah permulaannya daripada terbit atau masuk matahari, dan pada musim panjang atau pendek pada siang atau malam hari, hendaklah dibahagi kepada 12 supaya boleh diketahui betul ketika mulai masuk bintang-bintang itu dan keluarnya ( masuk pada ketika bintang yang lain pula ).

Tengoklah taqwim bagi waktu sembahyang berkenaan dengan panjang dan pendek malam dan siang itu.

Peringatan: Apabila berpindah daripada satu bintang kepada satu bintang yang lain, hendaklah tunggu sampai 12 minit, supaya tentu bintang itu telah ada di dalam jam itu pada semua pekerjaan.

Segala hari dan malam itu ada ketika (jam) yang menunjukkan baik atau tidak pada segala pekerjaan sebagaimana yang terkandung dalam bintang tujuh dibawah :-

CONTOH:
HARI AHAD
MALAM KHAMIS


MASA KETIKA KETERANGAN MASA
6.30 Syams Ketika ini baik bagi musafir, memakai pakaian baharu, menggunting pakaian, mengadap pemerintah dan orang kaya-kaya.
7.30 Zuhrah Ketika ini baik bagi pekerjaan mengakad nikah (mengahwin), menulis apa-apa surat kerana berkasih-kasihan, membuat azimat pengasih, menyambung kira bicara yang baik, berkenalan dan berbaik-baik, tetapi kata setengah pendeta jangan berbuat pekerjaan yang amat besar.
8.30 A’tharid Ketika ini baik bagi musafir, memohon apa-apa hajat daripada pemerintah, berjual beli, mendirikan rumah dan akad nikah.
9.30 Qamar Ketika ini tiada baik bagi berjual beli selamanya, tetapi tiada ditegah pada lain-lain pekerjaan.
10.30 Zuhal Ketika ini nahas, jangan berbuat sesuatu apa pun.
11.30 Mushtari Ketika ini baik bagi segala pekerjaan seperti memohon apa-apa daripada pemerintah dan orang besar, teramat baik berjual beli, membanggunkan rumah, berlangkah ke negeri asing dan akad nikah dan menanam.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut hubungi saya di ahmadazan@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan